Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

GASTRIK & GERD BAHAGIAN 2


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kita jumpa lagi di bahagian 2 cerita ina pasal gastrik & gerd ni ya...sebelum tu tengok gambar ni dulu ya...


Related image


Dibawah ini ada penerangan mengenai GERD yang ina faham hasil dari perkongsian admin dalam grup kami.


What is GERD?
Gerd atau nama panjangnya 'gastroesophageal reflux disease' adalah sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan melimpahnya asid perut ke esofagus atau salur pemakanan. Tak kira la asid tu banyak atau sikit. Ini yang kita panggi asid refluks. Di antara esofagus dan perut ada satu injap yang kita sebut sebagai LES atau lower esophageal sphincter. LES ni kerja dia macam pintu (2 arah). Bila kita makan biasanya dia akan buka dan bila tak makan sepatutnya dia tertutup.
Mereka yang mengidap GERD ni pintu tu terbuka round the clock. Tak reti reti nak tutup dah. Tuh sebab asid banyak atau sikit pun melimpah ruah la dia naik ke esofagus. Adakalanya sampai masuk ke airway sehingga menyebabkan kita seperti tak cukup bernafas atau kurang udara.
Apa pulak symtom- symtomnya? Biasanya pengidap gerd akan kerap terkena pedih ulu hati, sakit tekak yang berpanjangan, tekak seperti terasa ada sesuatu dan macam macam lagi.
Penyebabnya pula seperti obesiti, Hernia, merokok, wanita mengandung dan ada beberapa sebab yang lain termasuk anxiety (vise versa). Saya sangat percaya yang gerd di sebabkan asid yang tidak optimum sebab kalau asid kita terlebih tak ada la masalah penghadaman.
Pesakit gerd akan menghadapi masalah penghadaman yang agak ketara dan lanjutan dari situ perut mereka selalunya di penuhi angin (kembung) yang kadang kalanya melarat ke kepala dan anggota badan yang lain seperti kaki dan tangan.
Apa beza pulak GERD dan Gastrik? Ini yang ramai orang confuse. Kebanyakkannya ingat sama aje sebab doktor pun suka bagitau pesakit GERD yang mereka ada gastrik. Gastrik sebenarnya adalah penyakit lain di mana perut kita akan berasa pedih. Ini di sebabkan radang yang ada di dalam perut.
Antara penyebabnya ialah bakteria (eg. hpylori), alkohol dan ubat ubat seperti 'pain killer'. Kalau dalam report doktor biasanya disebut sebagai 'gastritis'. Radang juga boleh menyerang bahagian lain seperti di esofagus (esophagitis), di usus (enteritis) dan sebagainya.

Kadang-kadang tu memang susah jugak nak faham maksud penyakit gastrik sahaja dan gastrik dan gerd ni, hanya orang-orang yang mengalami sahaja yang tau macammana rasanya. Selepas ina masuk grup ni dan tau serba sedikit pasal gerd ni selalu jugak lah ina google cari apa-apa yang berkaitan tentang penyakit ini termasuklah mencari ubat-ubat, makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan dan  bagaimana cara mengatasinya. Kadang-kadang tu rasa fed-up pun ada tapi sekarang ina dah pasrah dan berserah pada ALLAH SWT sebab hanya DIA sahaja yang maha mengetahui sebab musababnya penyakit ini diberikan pada ina.

Dari segi pemakanan memang ina akan berpantang seperti yang disarankan di dalam grup kami dimana ina lebih kepada makanan yang digril, rebus, bakar. Sayur-sayur yang boleh ina makan ialah daun salad panjang, kailan, sawi bunga dan pak choy batang hijau. Buah yang selalu ina makan ialah epal merah. Makanan tambahan ialah seperti kurma dan badam. 

Air minuman yang ina selalu minum ialah air suam dan air hirisan lemon sahaja. Air mineral ina memang tak boleh sebab akan rasa sukar bernafas. Air zam-zam memang bagus buat ina. Lepas minum mesti akan sendawa.

Rasanya sampai disini sahaja cerita bahagian ke 2 yer...doakan semoga ina cepat sembuh dari penyakit GERD ini ye...dan ina juga mendoakan semoga anda semua yang ada menghidap penyakit gastrik dan gerd ini juga akan cepat sembuh dan sihat semula...aamiin. 

*Terkini... semasa lawatan ulangan untuk menentukan saiz folip di hempedu tu akhirnya dapat juga ina melihat hasil keputusan semasa endoskopi dulu iaitu memang ada gerd dan hertia hernia tahap 2. 

Ina juga menghidap penyakit VERTIGO yang diberitahu oleh doktor semasa membuat ujian pendengaran ENT di hospital selayang juga adalah disebabkan oleh lebihan cecair dalam telinga ... meniere disease ... sejenis penyakit gangguan dalam telinga yang menyebabkan pening teruk, desing di telinga, kehilangan pendengaran dan seperti telinga tersumbat. Biasanya penyakit meniere ini menyerang sebelah telinga sahaja. Kalau nak tau lebih lanjut lagi cari je kat google kan!

Ubat-ubat yang ina dah makan untuk mengawal vertigo ni ialah BETAHISTINE, MECOBALAMIN dan NEUROBION.











GASTRIK DAN GERD BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM

Rindunya nak menulis kat blog ni, dah lama ina tak menulis kan! Maklumlah gara-gara ina kena serangan gastrik dan gerd ni langsung dah tak bersemangat nak menulis. Tapi itu dulu sekarang ina dan beransur pulih sikit-sikit dan harapnya dapatlah sembuh sepenuhnya insyaallah. Kita hanya berikhtiar Allah swt yang menentukan.

Ina pun tak pasti tarikh sebenar serangan gastrik dan gerd ni tapi kalau tak silap dah hampir 2 tahun. Puncanya bila makan je abis muntah balik dan sukar bernafas. Perut tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Tekak tu asyik rasa nak muntah aje. Perut rasa ketat. 

Suatu hari tu dah tak tahan sangat badan lemah maklumlah dah tak berselera makan pastu asyik muntah-muntah dan pening kepala, ina pun kena la tahan kat Klinik Ulu Yam Baru dari pagi sampai petang. Dalam pengawasan doktor jantung ok pastu doktor suruh pergi buat skop kat Hospital Selayang untuk lihat bahagian dalaman perut dan usus sebab mula-mula doktor suspek ada ulser peptik.

Dari hari ke hari tak pergi pergi jugak ke hospital selayang tu hanya bertemankan ubat-ubat gastrik dan pantang makan je...ina ni pun sebenarnya takut nak pergi hospital lebih-lebih lagi bila bau ubat kat kawasan hospital dan orang yang ramai...hehe.

Kemudian adik ina...farah kenalkan pada grup GASTRIK & GERD di facebook. Dari situ banyak maklumat yang dapat ina pelajari dan jadikan amalan harian terutama dari segi pemakanan yang betul. Terima kasih pada Lora Salleh dan Norhaidah Mohd Aris dan sekarang nama grup tu dah bertukar kepada GASTRIK & ASID REFLUK MALAYSIA COMMUNITY.

Akhirnya bulan mac 2017, ina pergi buat ultra sound kat KPJ Rawang dan doktor dapat detect ada polip sebesar 5mm di dalam kantung hempedu. Disebabkan polip tu masih kecil jadi doktor tak bagi apa-apa ubat hanya disuruh berpantang makan dan katanya kalau dalam masa 3 atau 6 bulan sakit bertambah teruk kena datang semula untuk buat rawatan. 

Pada bulan september 2017 akhirnya selepas berkali-kali datang ke hospital selayang untuk rawatan dengan doktor pakar akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nanti iaitu rawatan skop endoskopi iaitu memasukkan kamera ke dalam mulut untuk melihat dalam perut dan usus kecik. Hasil keputusan amat memeranjatkan ina, macam tak percaya tapi itulah hasilnya iaitu perut ina bersih tak ada luka atau tanda merah-merah. Doktor yang cakap dan ina pun dapat tengok dan dengar masa doktor sedang gerakkan wayar kamera tu melalui skrin di atas. Kadang tertanya-tanya juga abis tu apa penyakit sebenar yang aku hidapi ni? 

Alhamdulillah dah selesai juga buat skop tu. Bila tanya keputusan gerd dan doktor cakap tak ada, tapi ina masih rasa yang simptomnya masih ada. Ubat gastrik pun doktor kata dah tak payah makan. Disebabkan ina ada polip dalam kantung hempedu tu jadi doktor buat temujanji untuk buat scan pulak bulan februari tahun depan. 

Sampai di sini dulu cerita dari ina untuk bahagian 1 yeee... insyaallah kita sambung lagi di bahagian 2 nanti. 




BEBOLA DAGING MASAK MASAM MANIS


Assalamualaikum, Selamat Berpuasa. Hari ini ina nak kongsi resepi BEBOLA DAGING MASAK MASAM MANIS yang ina masak semalam untuk juadah berbuka puasa. Bahan-bahan yang mudah didapati dan cepat memasaknya.

Bahan-bahan : Bebola daging segera 1 paket
                           1 biji bawang besar dipotong dadu
                           1 biji buah tomato dipotong dadu 
                           1 sudu besar sos tomato
                           1 sudu besar sos cili
                           pes cili terpulang kepada kepedasan masing-masing
                           garam
                           gula
                           air asam jawa
                           1 sudu besar kicap manis
                           2 sudu besar sos tiram
                           daun bawang, daun sup untuk hiasan
                           sedikit halia dihiris

Cara memasak : Bebola daging direbus dahulu sehingga masak kemudian toskan dan goreng 
                             terpulang sama ada nak goreng garing atau sekejap pun boleh. Bila dah 
                             digoreng angkat dan minyak yang sama tumiskan halia sehingga naik bau 
                             kemudian masukkan pes cili masak sehingga pecah minyak pastu masukkan 
                             sos tomato, sos cili, kicap manis, sos tiram, garam, gula. Biarkan sebentar
                             kemudian masukkan bawang besar dan buah tomato. Akhir sekali masukkan
                             air asam jawa sedikit dan bebola daging tersebut. Gaul rata sehingga kering
                             sedikit kuahnya dan bolehlah dihidangkan dan dihiasi dengan daun bawang
                             dan daun sup. Ina tak letak daun sup sebab tak ada stok kat rumah...hehe.


 Selamat mencuba!

BISCAKE


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update blog dairi sally ni ... rindu rasanya, jadi setelah sekian lama menyepi diri kali ini ina nak kongsi resepi yang diolah sendiri oleh ina. Sedap ke tak sedap ke terpulanglah pada citarasa sendiri ya.

 


Bahan-bahan utamanya ialah : 

3 cawan tepung gandum (diayak bersama 2 sudu teh baking powder)
1 cawan biskut digestive (hancurkan)
2 cawan gula kastor (boleh dikurangkan)
3 sudu besar krimer manis dibancuh dengan air suam menggunakan mangkuk kecil
1 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar sehingga sebati. Kalau adunan keras bolehlah ditambah air bancuhan susu tadi sedikit lagi sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Biscake ini tidak menggunakan telur sebab itu bergantung pada kecairan bancuhan susu tadi. 

Sapu mentega pada keliling acuan kek seperti ina menggunakan acuan roda dan dimasak di atas dapur gas sahaja. Kemudian masukkan adunan biscake ke dalam acuan roda dan bolehlah di bakar selama 30 - 35 minit sehingga masak. 

Selamat mencuba. 




Followers

Recent Comments