OREO CUPCAKE & BANANA CUPCAKE


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak kongsi gambar-gambar Oreo cupcake dan Banana cupcake yang anak kak sally dan kak sally buat pada hari sabtu, 23/11/2013. 

Oreo cupcake : bahan-bahan yang kak sally gunakan ialah biskut oreo coklat 2 bungkus, tepung muffin segera 1 bungkus. Adunan tepung segera ni boleh dapat dalam 29 cupcake. Untuk krim kak sally gunakan butter cream.

oreo cupcake yang dah masak tapi belum disapu krim


biskut oreo yang telah disusun dalam cawan kertas


butter cream yang digunakan untuk topping



adunan sedang diisi ke dalam cawan yang berisi oreo tadi

Banana cupcake : bahan-bahannya ; 9 biji pisang emas dilecek dan campurkan dengan 4 sudu besar susu tepung. 2 biji telur dipukul bersama dengan 1 1/2 cawan gula perang sampai kembang. Kemudian masukkan pisang, 3/4 cawan minyak masak, 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat yg telah dilarutkan dgn 2 sudu besar air panas mendidih, 1 1/2 sudu teh esen vanila dan 2 1/2 cawan tepung gandum. Gaul sampai rata semua bahan-bahan ni kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk cupcake dan dihiasi dengan chocolate rice. Bakar sehingga masak.




Maaf gambar Oreo cupcake yang dah siap sepenuhnya berserta dengan topping butter cream tak sempat nak ambik. Terima kasih singgah ke sini...






1 comments:

Niesa said...

aduhai!terliur la tgk cupcake tu...

Followers

Recent Comments