HARI RAYA AIDIL ADHA 2013



ASSALAMUALAIKUM

Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Aidil Adha 2013 jatuh pada hari selasa 15hb Oktober 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga akan turun ke rumah mak di gombak untuk menyambut hari raya bersama-sama keluarga. Tahun ni mak kak sally tukar destinasi untuk sambut raya haji ni di rumah adik kak sally...farah di sg buluh.

Macam biasa kami sekeluarga akan bertolak dari rumah selepas solat zohor iaitu selesai pengagihan daging korban. Rasanya sambutan raya haji tahun ni kurang meriah sikit sebab pak saudara dan mak saudara yang sepatutnya datang ke rumah farah tidak dapat datang sebab demam mengejut dan ada yang tidak dapat datang kerana urusan lain. Abang kak sally juga tiba-tiba demam dan tidak dapat datang. 

Gambar-gambar pun tak banyak yang kak sally ambik sebab macam kurang mood beraya. Bila dah balik rumah baru teringat ... rugi pulak tak ambik gambar banyak hari tu. Hanya gambar makanan kat rumah farah je yang ada ni...tu pun 'snap' tak cantik. betul ke ayat ni...?? Jom layan...


mee kari dari kak sally

kari ayam

lemang, rendang daging, kerabu mangga dan nasi ayam oleh farah

bihun oleh mak

Terima kasih farah jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap.


PARTI HARI LAHIR 'SURPRISE' UNTUK BONDA TERSAYANG


ASSALAMUALAIKUM

Hari sabtu 5hb Oktober 2013 kak sally, abang kak sally dan adik-beradik serta anak-anak buah kak sally telah mengadakan parti hari lahir 'surprise' untuk bonda tersayang kami. Disebabkan hari isnin ialah waktu bekerja dan bersekolah jadi kami telah berpakat mengadakan parti ni lebih awal dari tarikh lahir iaitu  pada hari sabtu. 

Kek durian dibawa oleh adik kak sally...fendy

Kek lobak dibuat oleh adik kak sally...farah


Nasi beriani dan roti john dibawa oleh abang kamal dan anaknya aten


Kek oren dan kek pandan dibuat oleh farah

Sate oleh fendy ... puding jagung oleh kak sally

Baked makaroni cheese dan cempedak oleh farah
Karipap dibuat oleh mak kak sally

Domino pizza diorder oleh anak buah kak sally...maisarah

Sirap bandung, sirap dan sarsi yang menyegarkan


Kek durian secret recipe


ready...

surprise...!!!




Kak sally & anak-anak gembira sangat dan bersyukur kepada Allah SWT  kerana dapat meraikan hari lahir 'mak tersayang'. Semoga Allah SWT memberi mak kesihatan yang baik...amin. Tak lupa juga terima kasih kepada adik kak sally...nizam yang telah datang ke rumah untuk membawa kak sally dan siti ke rumah mak. 




















Followers

Recent Comments