UMRAH DAN ZIARAH MEKAH DAN MADINAH Bahagian 5

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ini ina masih lagi berkesempatan untuk menulis sambungan cerita umrah kami. Hari Rabu 21hb februari, 2018 ziarah kami ialah di Hudaibiyah iaitu tempat dimana berlakunya Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh pihak musyrikin Mekah dengan Nabi Muhammad saw. Kami juga melawat Ladang unta dan Muzium Kaabah (tapi muzium kaabah tidak dapat masuk sebab kami tiba sudah hampir waktu solat jadi tidak dibenarkan melawat pada waktu solat).




Jumaat 23hb februari 2018 selesai solat subuh kami melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal dan bertolak ke lapangan terbang Jeddah sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Sayu rasa hati bila dah nak balik ke Malaysia, rindu sangat-sangat. Rindu nak masuk dalam masjidil haram dan bersolat di dalamnya lagi, rindu nak solat di masjid Nabawi, Madinah. Rindu dengan suasana di Mekah dan Madinah, rindu pada ahli-ahli jemaah umrah yang kami dah anggap macam satu keluarga. Sangat serasi dan baik semuanya. Terima kasih kepada Nor  yang sentiasa mengambil berat hal-hal kami para jemaah semua dan juga kepada Ustaz CD atau Ustaz Rashidy juga di atas prihatin, berkongsi ilmu dan tazkirah yang disampaikan sepanjang masa kami berada di Mekah dan Madinah. Terima kasih juga kepada Daun Hijau Travel & Tours diatas perkhidmatan yang terbaik.

Kami selamat sampai ke Kuala Lumpur pada 24hb februari, 2018 hari sabtu pada pukul 8.10 pagi, alhamdulillah perjalanan balik naik kapal terbang dari Jeddah sampailah ke Kuala Lumpur ina dah tak muntah.


````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Bermaaf-maafan dan meluahkan perasaan selepas tazkirah terakhir di Mekah


Burung merpati yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali kami berjalan masuk dan keluar di masjidil haram.


Tempat untuk bershopping...di Madinah, seakan pasar malam atau pasar pagi yang menjual bermacam barang dari kurma hinggalah jubah dengan harga yang murah


Kedai menjual burger dan kebab di Madinah




Beruk padang pasir

Sampai disini sahaja cerita pengalaman dan perjalanan ina mengerjakan umrah bersama-sama suami dan anak yang no 2. Insyaallah jika diberi keizinan dan rezeki lagi dari Allah swt kami berempat anak-beranak akan datang lagi ke Mekah dan Madinah. Harap maaf kalau ada terkurang atau tersalah kata di dalam blog ini. Terima kasih sebab sudi membaca blog ina. 
























Followers

Recent Comments