PENGALAMAN PERTAMA MENUNAIKAN UMRAH DI MEKAH & MADINAH 12/2/18 - 23/2/18

ASSALAMUALAIKUM

Pertama sekali ina hendak mengucapkan Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH SWT kerana telah menjemput ina untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan Madinah pada bulan Februari yang lalu. Ina, suami dan siti telah mengikuti rombongan umrah & ziarah pada 12/2/18 hingga 23/2/18. Kami mengikuti rombongan dari Daun Hijau Travel & Tours Agency yang berpejabat di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Para Mutawif dan Mutawasitah kami ialah Ustaz Rusaidy atau dikenali sebagai ustaz CD dan Puan Nor.

Oleh itu kali ini ina hendak berkongsi serba sedikit pengalaman ina sebagai seorang pesakit "GERD" dalam mengikuti rombongan tersebut. Seminggu sebelum tarikh bertolak tu ina telah menjalani ujian ultra sound di Hospital Selayang. Hasil keputusan oleh doktor pakar telah mengesahkan bahawa salur esofagus atau LES ina longgar, hertia hernia tahap 1, folip masih ada dalam kantung hempedu tapi mengecil sedikit, cyst atau biji air dalam ovari dan buah pinggang yang kata doktor cyst ini tidak memudaratkan. 

Jemaah-jemaah yang tinggal berdekatan seperti dari Bandar Utama Batang Kali, Jalan Semarak Batang Kali, Tamu Hill, Jalan Genting Highland, Antara Gapi, Gombak, Batu Caves, kami berkumpul di Masjid Bandar Baru Batang Kali dan bertolak dari sini dengan menyewa bas selepas solat zohor ke KLIA. Manakala jemaah-jemaah dari Kuala Selangor dan Bangi bertolak dari tempat masing-masing. 

Waktu penerbangan kami dari KLIA ialah pada pukul 9.05 malam dan transit ke Muscat, Oman kemudian ke Jeddah. Di Oman mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja sebelum menaiki penerbangan ke Jeddah pula. Kami tiba di Jeddah lebih kurang pukul 4.35 pagi waktu Malaysia. Kemudian kami menaiki bas ke Madinah. Sepanjang perjalanan memang tak nampak apa-apa sebab hari malam dan gelap. 

Makanan yang dihidangkan di dalam kapal terbang menyelerakan juga tapi ina berhati-hati juga makan sebab fikir perut ni bukan boleh makan apa saja yang dihidangkan. Ina memilih ikan dowri yang dimasak bersama pasta tapi ina hanya memakan ikan dengan roti ban sahaja, terpaksa juga makan roti sebab perut dah lapar dan air mineral. Menu pilihan lain ialah nasi berempah dengan daging.

Alhamdulillah sepanjang penerbangan pernafasan ina masih ok, dapat menarik nafas panjang dengan selesa juga. Sekali sekala sahaja kena gosok dan urut ulu hati untuk keluarkan angin. Semasa penerbangan pertama sebelum sampai ke Muscat, Oman tadi ina muntah tapi hanya angin dan air liur sahaja yang banyak keluar. Ini disebabkan keadaan kapal terbang yang seperti terhenjut ke atas bawah kiri kanan akibat pelanggaran dengan awan. Ustaz CD juga bagitau pada ina perkara ini adalah pertama kali berlaku pada beliau juga, tak pernah terjadi seperti ini walaupun beliau telah banyak kali membawa jemaah-jemaah yang lain sebelumnya. Pada waktu itu kami berada di atas laut sama ada di Bay of Bengal atau Arabian Sea, ina pun tak pasti sebab pada waktu tu dah malam gelap gelita tak nampak apa-apa pun. Anak ina Siti juga telah muntah dengan banyak sebab dia makan nasi dengan daging tadi.

Di Madinah kami tinggal di Gloria Hotel. Boleh tahan la jugak hotelnya, jarak dari hotel ke Masjid Nabawi tidaklah jauh bolehlah dikatakan dekat juga. Hotel selesa dan sajian makanan alhamdulillah tekak ina boleh terima. Nanti ina kongsi gambar makanan yang ina makan ye!




Sepanjang 5 hari di hotel ni lauk yang selalu dihidangkan ialah kambing, ayam dan ikan. Ada juga roti, puding, minuman sejuk dan panas. Kalau kita nak makan makanan lain macam kebab, burger yang macam kat mcd dan kfc pun ada tapi kena la keluar cari kat kedai-kedai luar. Kat Madinah ni anak ina beli kfc tapi rasanya berbeza dari kfc di Malaysia.

Sampai sini bahagian 1 insyaallah ina kongsikan lagi cerita-cerita di bahagian ke 2 nanti ye...




Followers

Recent Comments