UMRAH DAN ZIARAH MEKAH DAN MADINAH BAHAGIAN 3

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ini dapat lagi menulis cerita, semoga ALLAH SWT permudahkan urusan ina...aamiin. Bahagian 2 hari itu ina cerita pasal ziarah dalam dan hari ini ina nak cerita pasal ziarah luar pulak. 

Ziarah luar yang pertama kami pergi ialah ke Masjid Quba'. Terletak di perkampungan Quba' kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Merupakan masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam. (Surah Al Taubah ayat 108) Nabi Muhammad saw turut serta di dalam pembinaan masjid Quba' ini semasa baginda tinggal di perkampungan Quba' selama 4 hari dalam perjalanan Hijrah dari Makkah. Rasulullah saw juga bersabda "sesiapa yang berwuduk di rumah (tmpt tinggal contoh hotel) kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan Umrah" (Riwayat Ibnu Majah).


Kami juga dibawa menziarahi Masjid Qiblatain, Masjid Khandaq, Bukit Uhud (Jabal Uhud) dan Kebun @ Pasar Kurma. 

Di sini ina kongsi gambar-gambar yang dapat ina ambik semasa lawatan ziarah tersebut.








Hari Sabtu 17hb februari selepas solat zohor kami melakukan Ziarah Wida' di Masjid Nabawi dan bersiap untuk bertolak ke Mekah. Kami akan bermiqat di Bir 'Ali. Sedihnya dah nak tinggalkan masjid nabawi, rasa macam tak cukup duduk kat madinah ni selama 5 hari. Sedih sangat-sangat, terasa rindu nak berpisah dengan Rasullullah saw. Sebab bila kita berada di dalam masjid nabawi ni memang terasa dekat sangat dengan Rasullullah...


Di Bir 'Ali (Zulhulaifah) kami akan berhenti untuk menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram umrah. Apabila kami sudah berniat ihram maka kami harus menjaga 13 larangan yang telah ditetapkan.

Sampai di sini cerita bahagian ke 3 ini dan insyaallah ina akan sambung ke bahagian ke 4 nanti yer!












0 comments:

Followers

Recent Comments