GASTRIK DAN GERD BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM

Rindunya nak menulis kat blog ni, dah lama ina tak menulis kan! Maklumlah gara-gara ina kena serangan gastrik dan gerd ni langsung dah tak bersemangat nak menulis. Tapi itu dulu sekarang ina dan beransur pulih sikit-sikit dan harapnya dapatlah sembuh sepenuhnya insyaallah. Kita hanya berikhtiar Allah swt yang menentukan.

Ina pun tak pasti tarikh sebenar serangan gastrik dan gerd ni tapi kalau tak silap dah hampir 2 tahun. Puncanya bila makan je abis muntah balik dan sukar bernafas. Perut tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Tekak tu asyik rasa nak muntah aje. Perut rasa ketat. 

Suatu hari tu dah tak tahan sangat badan lemah maklumlah dah tak berselera makan pastu asyik muntah-muntah dan pening kepala, ina pun kena la tahan kat Klinik Ulu Yam Baru dari pagi sampai petang. Dalam pengawasan doktor jantung ok pastu doktor suruh pergi buat skop kat Hospital Selayang untuk lihat bahagian dalaman perut dan usus sebab mula-mula doktor suspek ada ulser peptik.

Dari hari ke hari tak pergi pergi jugak ke hospital selayang tu hanya bertemankan ubat-ubat gastrik dan pantang makan je...ina ni pun sebenarnya takut nak pergi hospital lebih-lebih lagi bila bau ubat kat kawasan hospital dan orang yang ramai...hehe.

Kemudian adik ina...farah kenalkan pada grup GASTRIK & GERD di facebook. Dari situ banyak maklumat yang dapat ina pelajari dan jadikan amalan harian terutama dari segi pemakanan yang betul. Terima kasih pada Lora Salleh dan Norhaidah Mohd Aris dan sekarang nama grup tu dah bertukar kepada GASTRIK & ASID REFLUK MALAYSIA COMMUNITY.

Akhirnya bulan mac 2017, ina pergi buat ultra sound kat KPJ Rawang dan doktor dapat detect ada polip sebesar 5mm di dalam kantung hempedu. Disebabkan polip tu masih kecil jadi doktor tak bagi apa-apa ubat hanya disuruh berpantang makan dan katanya kalau dalam masa 3 atau 6 bulan sakit bertambah teruk kena datang semula untuk buat rawatan. 

Pada bulan september 2017 akhirnya selepas berkali-kali datang ke hospital selayang untuk rawatan dengan doktor pakar akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nanti iaitu rawatan skop endoskopi iaitu memasukkan kamera ke dalam mulut untuk melihat dalam perut dan usus kecik. Hasil keputusan amat memeranjatkan ina, macam tak percaya tapi itulah hasilnya iaitu perut ina bersih tak ada luka atau tanda merah-merah. Doktor yang cakap dan ina pun dapat tengok dan dengar masa doktor sedang gerakkan wayar kamera tu melalui skrin di atas. Kadang tertanya-tanya juga abis tu apa penyakit sebenar yang aku hidapi ni? 

Alhamdulillah dah selesai juga buat skop tu. Bila tanya keputusan gerd dan doktor cakap tak ada, tapi ina masih rasa yang simptomnya masih ada. Ubat gastrik pun doktor kata dah tak payah makan. Disebabkan ina ada polip dalam kantung hempedu tu jadi doktor buat temujanji untuk buat scan pulak bulan februari tahun depan. 

Sampai di sini dulu cerita dari ina untuk bahagian 1 yeee... insyaallah kita sambung lagi di bahagian 2 nanti. 




0 comments:

Followers

Recent Comments