RESEPI FRUITILICIOUS CAKE


ASSALAMUALAIKUM




Bahan-bahan untuk kek vanila :
  1. 3 cawan tepung naik sendiri
  2. 6 biji telur
  3. 2 cawan gula kastor
  4. 250gm buttercup
  5. 2 sudu teh esen vanila
  6. 6 sudu besar air suam 
  7. 1 sudu teh baking powder
Cara penyediaan kek : 

  1. Pukul buttercup dengan gula kastor sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Selepas itu bolehlah masukkan esen vanila.
  2. Ayak tepung bersama dengan baking powder. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit disulami dengan air suam  ke dalam adunan butter tadi dan pukul hingga rata. Pastikan mula dengan tepung dan disudahi juga dengan tepung.
  3. Bolehlah dibakar pada suhu 170oC - 180oC selama 30 minit. Adunan di atas boleh dapat 2 loyang bulat yg biasa. Sudah masak bolehlah disejukkan dahulu.
Bahan-bahan untuk hiasan kek :
  1. Topping cream jenama Vivo
  2. Buah peach (dlm tin)
  3. Buah laici (dlm tin)
  4. Pitted sweet dark cherries (dlm tin)
  5. Buah ceri merah 
  6. Piping jelly



  1. Kek yang sudah sejuk tadi dibelah 2 dan disapukan setiap lapisan dengan jus laici (dlm tin) kemudian sapukan dengan topping cream. Selepas itu susun buah-buahan tadi di atas lapisan kek. Buat sehingga mendapat 4 tingkat/lapisan kek. 
  2. Akhir sekali hiaslah di atas kek dan keliling kek dengan topping cream dan buah-buahan mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit piping jelly di atas buah-buahan hiasan tadi. Tujuannya untuk mengilatkan buah-buahan tersebut. 


Selamat Mencuba !!







1 comments:

Farah Deeb said...

Nyum nyummmm.. 😍😍😍

Followers

Recent Comments