BERCUTI DI RUMAH MAK BAHAGIAN 1



ASSALAMUALAIKUM

Minggu lepas iaitu hari ahad...14hb Disember, sally dan anak-anak pergi bercuti di rumah mak di gombak. Kami bertolak dari rumah waktu petang dengan teksi sebab suami sally kerja dan tak dapat hantar kami anak-beranak ke sana. Mak sally masak bihun sup yang simple aje untuk makan petang tu dan anak sally...nabilah sediakan roti baguette (beli di kedai) dengan mushroom sup. 




Hari isnin pagi tu kami 'breakfast' dengan nasi goreng yang di masak oleh sally.


Tengahhari tu adik sally...farah pun sampai. Dia belanja kami semua makan nasi beriani ayam dengan cendol. 


dan juga...kek red velvet, kek pandan, kek chocolate moist dan kek lobak


Malam tu pulak mak sally beli roti naan yang enak dimakan dengan kuah kacang dhal, sambal dan sos pudina. (tak sempat ambik gambar...jadi sally ambik kat google je..)


Esoknya iaitu hari selasa kami sekeluarga pergi berjalan-jalan di KL Festival City yang terletak di Danau Kota. Tak beli banyak barang pun kat situ. Anak sally beli novel Manisnya Cinta di kedai buku Mph. Singgah di Kaison sally beli pewangi almari baju.




Dah penat berjalan...singgah makan di Chicken Rice Shop. 




Hainanese Steamed Chicken Rice with Soup


Prime Honey BBQ Chicken rice with soup, Nyonya Pai Tee, Famous Stuffed Fish Ball


Soy Sauce Chicken rice with soup


Air untuk mak mesti Soya Bean with Grass Jelly...dan juga untuk farah dan anak-anaknya


Air untuk sally pula Fresh Lime with Sour Plum ... sedapnya...anak-anak sally pula order Ice Lemon Tea


Akhir sekali Rojak Penang...sedap, pekat cuma takde buah mangga. Kalau ada buah mangga lagi sedap...hehe

Sampai sini dulu nanti kita sambung bahagian ke 2 ye...















Followers

Recent Comments