HARI RAYA AIDIL ADHA 2014


ASSALAMUALAIKUM

5hb Oktober 2014 bersamaan hari Ahad, umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Tahun ini sally menyambut hari raya haji sekadar apa yang mampu sahaja. Kami tidak berjalan ke mana-mana walaupun mendapat 2 undangan majlis makan-makan keluarga. Suami sally tidak dapat cuti dan bekerja pada hari ini, pengorbanan demi mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun ada perasaan sedih di hati masing-masing tapi kami terima dan redha dengan ketentuan dari Allah SWT. Insyaallah mungkin tahun depan kalau panjang umur dapatlah kami menyambut hari raya puasa dan hari raya haji ini seperti sebelumnya. 

Selesai solat hari raya aidil adha (haji) kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan upacara penyembelihan daging korban. Surau di tempat sally iaitu Surau Al Ihsan Fasa 4 & 5, Batang Kali juga tidak terkecuali. Alhamdulillah dapatlah kami rezeki daging korban ni yang di ambik oleh anak-anak dara sally. 



Gambar di bawah ni pula ialah sajian utama makan tengahhari kami pada hari raya haji ini




Ayam bbq bakar

Selesai...insyaallah jumpa lagi di hari raya aidil adha tahun depan...amin.




Followers

Recent Comments