GIVEAWAY DIARI JEJAKA HANGAT 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       

3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!

HARI RAYA AIDIL ADHA 2014 BAHAGIAN KE 2


ASSALAMUALAIKUM

Hari ini Selasa 7hb Oktober 2014 ialah hari ke 2 kita menyambut hari raya aidil adha. Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah SWT suami sally dapat membawa balik lagi daging korban dan juga juadah hari raya aidil adha dari tempat kerjanya.


Ketupat palas, rendang daging, lemang


Sup Tulang 

Syukur...kenyang dah!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tarikh hari ini juga merupakan hari lahir bonda sally yang tercinta/tersayang.


Sedih jugak sebab tak dapat pergi rumah mak nak sambut bufday mak..huhu, bagaimanapun pagi tadi sally dah telefon mak dan ucapkan kata-kata seperti di atas. Kenapa yer kalau cakap pasal lain tak sedih/sebak tapi bila nak ucap selamat hari lahir tu...mula lah sebak kan......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini dia daging dan tulang daging korban yang sally ceritakan kat atas tadi...



Sekian








HARI RAYA AIDIL ADHA 2014


ASSALAMUALAIKUM

5hb Oktober 2014 bersamaan hari Ahad, umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Tahun ini sally menyambut hari raya haji sekadar apa yang mampu sahaja. Kami tidak berjalan ke mana-mana walaupun mendapat 2 undangan majlis makan-makan keluarga. Suami sally tidak dapat cuti dan bekerja pada hari ini, pengorbanan demi mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun ada perasaan sedih di hati masing-masing tapi kami terima dan redha dengan ketentuan dari Allah SWT. Insyaallah mungkin tahun depan kalau panjang umur dapatlah kami menyambut hari raya puasa dan hari raya haji ini seperti sebelumnya. 

Selesai solat hari raya aidil adha (haji) kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan upacara penyembelihan daging korban. Surau di tempat sally iaitu Surau Al Ihsan Fasa 4 & 5, Batang Kali juga tidak terkecuali. Alhamdulillah dapatlah kami rezeki daging korban ni yang di ambik oleh anak-anak dara sally. 



Gambar di bawah ni pula ialah sajian utama makan tengahhari kami pada hari raya haji ini




Ayam bbq bakar

Selesai...insyaallah jumpa lagi di hari raya aidil adha tahun depan...amin.




Followers

Recent Comments