HARI RAYA BERSAMA dr SAM dan JOHAN AS'ARI (Botak)


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak citer sikit pasal semalam iaitu hari ahad 25/08/13 bersamaan dengan Syawal ke 18. Mula-mula tengahhari tu kami sekeluarga pergi menghadiri jamuan makan kenduri kahwin di Dewan Sultan Abd Hamid di Batang Kali. Selesai makan, kami bertolak untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba dalam perjalanan balik, kak sally ternampak ramai orang sedang berkumpul di hadapan kedai Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd yang menjual pelbagai makanan kesihatan berasaskan Habbatus Sauda.  Rupa-rupanya pihak seribu dinar ni telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya bersama anak-anak yatim dan penduduk di sini. Suami kak sally ajak singgah kat situ, tak sangka pula pihak seribu dinar ni telah menjemput Johan As'ari (botak) yg terkenal melalui drama tv3 iaitu Juvana dan penyanyi 60an dr Sam (saya anak Malaysia). Sempat jugaklah anak-anak kak sally bergambar dengan si Johan tu...bukan anak-anak je..uminya pun sempat gak...hehe. Jom layan gambar-gambar yang sempat di tangkap semalam...










*Terima kasih kepada Johan As'ari yang sudi bergambar dengan kak sally dan anak-anak. 






Followers

Recent Comments