HARI RAYA BERSAMA dr SAM dan JOHAN AS'ARI (Botak)


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak citer sikit pasal semalam iaitu hari ahad 25/08/13 bersamaan dengan Syawal ke 18. Mula-mula tengahhari tu kami sekeluarga pergi menghadiri jamuan makan kenduri kahwin di Dewan Sultan Abd Hamid di Batang Kali. Selesai makan, kami bertolak untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba dalam perjalanan balik, kak sally ternampak ramai orang sedang berkumpul di hadapan kedai Seribu Dinar Marketing Sdn Bhd yang menjual pelbagai makanan kesihatan berasaskan Habbatus Sauda.  Rupa-rupanya pihak seribu dinar ni telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya bersama anak-anak yatim dan penduduk di sini. Suami kak sally ajak singgah kat situ, tak sangka pula pihak seribu dinar ni telah menjemput Johan As'ari (botak) yg terkenal melalui drama tv3 iaitu Juvana dan penyanyi 60an dr Sam (saya anak Malaysia). Sempat jugaklah anak-anak kak sally bergambar dengan si Johan tu...bukan anak-anak je..uminya pun sempat gak...hehe. Jom layan gambar-gambar yang sempat di tangkap semalam...










*Terima kasih kepada Johan As'ari yang sudi bergambar dengan kak sally dan anak-anak. 






BACK TO BASICS GIVEAWAY by ANIS SHUHADA


ASSALAMUALAIKUM


Jom join : FARAH     DIANA

Jangan lupa klik banner di atas utk info selanjutnya ... 

SYAWAL KE 11


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak kongsi tentang 'majlis rumah terbuka' rumah kak sally. Tahun ni buat ala kadar aje...kebetulan ramai adik-beradik tak dapat join sekali. Yang dapat datang mak, nizam, kak lela, abg lan, maisarah dan suaminya ijam. 

Majlis rumah terbuka kak sally dibuat pada hari ahad bersamaan 18hb Ogos 2013, iaitu hari ke 11 Syawal 1434H. Kak sally hidangkan juadah makan tengahhari yang simple aje. Jom layan gambar-gambarnya...

ayam masak merah

kari terung

sandwic tuna

bihun dan pisang yang dibawa oleh mak

air laici

biskut raya

bonda dan suami tersayang

kak lela dan maisarah

Walaupun simple tapi kak sally rasa seronok sebab ada jugak ahli keluarga yang datang beraya kat rumah kak sally yang simple jugak ni...hehe

Sekian...in sha Allah jumpa lagi pada Hari Raya tahun depan pulak.











JALAN-JALAN HARI RAYA 2013/1434H


ASSALAMUALAIKUM



Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari Khamis iaitu 8/8/2013. Malam raya tahun ini kak sally dan keluarga berada di rumah mak di gombak. Rombongan takbir raya datang ke rumah mak kak sally lebih kurang dalam pukul 10.00 mlm ke atas. Hidangan yang simple saje untuk rombongan takbir ni. 


Selepas solat Hari Raya, kak sally dan keluarga memohon maaf / bersalam-salaman dengan mak dan nizam yang tinggal dengan mak kat sini. Dari situ bertolak pula ke rumah kak long iaitu kakak sulung suami kak sally yang tinggal di shah alam. Kami dihidangkan dengan nasi dagang.




Dari rumah kak long ni pula kami ke rumah pakcik kak sally di shah alam juga. Dari sini pulak kami beraya di selayang baru iaitu rumah mak cik suami kak sally (adik bongsu arwah mak mertua) kak sally. Kemudian kami bertolak pula ke medan batu caves menyambut raya di rumah alan iaitu adik lelaki suami kak sally. Kami dihidangkan dengan menu biasa hari raya iaitu nasi impit, rendang daging, sayur lodeh dan sambal ikan bilis. Tak lupa juga...lemang. Selepas tu beraya pula ke rumah adik perempuan bongsu suami iaitu suraya. Menu special ... nasi ayam dengan ayam masak merah ...sedap..!! Selesai solat maghrib baru kami balik ke rumah mak semula. 

Hari Raya kedua pula kami bertolak ke rumah adik bongsu kak sally...farah yang terkenal dengan sugarplum's kitchen dan sugarplum's closet. Cer..tengok hidangan kat sini...sedap-sedap..!!








Dari sini kami beramai-ramai beraya pula ke rumah abang kak sally di segambut. Menu special bihun sup ... siap dengan chicken ball, meatball, chicken finger dan nuget udang. Sedap..!!




Mengakhiri malam kedua raya, kami beraya pula di rumah fendy...adik kak sally di taman ibu kota. Kebetulan adik kak sally ni menyambut hari lahir pada bulan ini dan dalam hari raya jadi isteri tercintanya menghadiahkan beliau dengan kek coklat moist...sedap...!! Hidangan lain ialah pizza.




Hari raya ketiga pula kami ke teluk intan untuk menyambut raya di rumah makcik kak sally (adik bongsu mak) iaitu cik mona. Siap ade barbeque kambing dan ayam...sedap..!!




Selesai berhari raya di teluk intan, kami bertolak balik ke kuala lumpur dan sampai ke rumah mak lebih kurang pukul 10.30 malam. Esoknya iaitu hari keempat raya, kami pun balik ke batang kali. Raya tahun ni kami betul-betul "beraya sakan" ... 3 hari raya berturut-turut berjalan rumah adik-beradik dan berjumpa saudara-mara yang jarang dapat jumpa. In sha Allah ... ada rezeki lagi tahun depan bolehlah berjalan-jalan raya lagi.
















Followers

Recent Comments