SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH & EIJAM


ASSALAMUALAIKUM

Tarikh 25/05/2013 hari Sabtu merupakan hari bersejarah bagi anak buah kak sally iaitu anak sulung kakak kak sally yang biasa kami panggil maisarah dan pasangannya eijam yang mana mereka telah pun selamat dinikahkan di rumah mak kak sally di taman ibu kota. Majlis persandingan juga diadakan di sini.





Kak sally dan siti (anak kedua) turun dulu ke rumah mak pada sebelah petang Khamis iaitu selepas siti balik dari sekolah. Manakala nabilah (anak sulung) dan suami pula turun ke sini pada hari jumaat pagi. Selepas solat jumaat, majlis doa selamat dan tahlil telah di adakan di sini.
Pada malam Jumaat tu abang kak sally telah belanja kami semua dengan ayam goreng kfc.




Juadah untuk tetamu di majlis doa selamat dan doa tahlil ialah nasi putih, ikan masak asam pedas, ikan goreng tepung, telur dadar, ikan masin, pegaga masak lemak putih, sambal belacan dan ulam-ulaman. Pisang, pulut kuning dan rendang daging turut dihidangkan.


Aktiviti mengisi bunga telur oleh anak-anak dan anak-anak buah kak sally.


Hantaran dari pihak perempuan dan lelaki.




Katering untuk majlis perkahwinan.



Acara malam pula dimulai dengan memotong kek red velvet yang dibuat oleh adik kak sally (Farah deeb) dan diakhiri dengan membuka hadiah.



*********************************************************************************




SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH DAN EIJAM
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU
AMIN

******SELESAI******

*Terima kasih juga kepada : http://apertureaddiction.com/blog/  yang telah menaja beberapa gambar pada blog kak sally ni.































SELAMAT HARI LAHIR


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni kak sally nak kongsi gambar-gambar hadiah-hadiah dan kek-kek sempena hari kelahiran anak kedua kak sally dan juga kak sally yang tarikhnya hanya selang sehari pada bulan April lalu. Kek untuk anak kedua kak sally ni, dibeli di kedai King's Bakery. Untuk kak sally pula, dibuat sendiri oleh kak sally lah... jom kita layan gambar-gambarnya.









Kek untuk anak kak sally ialah kek oren dan kek untuk kak sally pula sepatutnya kek red velvet tapi warna merahnya kurang menyala dan jadilah kek pink velvet...hehe.
Ok sekarang kita layan gambar hadiah-hadiahnya pula. Kak sally hadiahkan sehelai shirt, kardigan dan + + + dgn anak kak sally beli handphone baru. Murah je pun...tapi fungsinya bagus jugak. Anak kak sally pula belikan untuk uminya ... layan..........




Oops...lupa pulak, anak sulung kak sally juga ada belikan hadiah iaitu keychain tarikh lahir. Terima kasih kat anak-anak umi yang bagi hadiah hari tu dan juga tak lupa kat mak kak sally yang sentiasa ingat tarikh lahir anaknya dan bagi hadiah juga. Sayang sangat-sangat kat mak dan anak-anak umi. 











BIG GIVEAWAY by ALIA


ASSALAMUALAIKUM



Kak sally join big giveaway dari cik Alia ni pulak. Klik gambar banner kat atas untuk lebih maklumat ye! Banyak hadiah-hadiah yang menarik tau.

Tag : Nur Syakirah

CONTEST SAYA COMEL by DybaGulaGula


ASSALAMUALAIKUM



COMEL    COMEL    COMEL ... ape yang comel?  Apa lagi kalau bukan 'kite' lah kan!!

Jom join contest ni ... hadiah dia best-best tau! Kalau nak join ... cam biasa 'klik' kat 

gambar banner di atas ye...

Kat bawah ni gambar tercomel kak sally dan anak-anak.


Tag : Haruno Hana 




HARI MENGUNDI PRU13


ASSALAMUALAIKUM

Tarikh 5/5/2013 bersamaan hari Ahad, seluruh rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan SPR telah pun menjalankan kewajipan kami iaitu mengundi. Kak sally dan suami tidak melepaskan peluang untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang berkelayakan untuk terus menerajui negara yang disayangi iaitu Malaysia.

Suami kak sally mengundi di Selayang Indah (Taman Templer) manakala kak sally pula di Sek Keb Setapak Indah (Wangsa Maju). 

Layan gambar-gambar yg sempat kak sally ambil...









Habis mengundi kami singgah kat rumah mak kak sally di Taman Ibu Kota. Lepas tu kami beli sedikit barang dapur kat pasaraya On Tai Kim. Dari situ terus menghala ke selayang / sg tua dan singgah di gerai mamak Abdullah untuk makan tengahhari. Sempat jugak lah kak sally snap gambar makanan tengahhari kami.



Selesai sudah...




Followers

Recent Comments