PUDING PANCAWARNA

Assalamualaikum, menu hari ni kak ina buat puding pancawarna. Jom layan gambar-gambar nye...maaf ye ... lapisan puding kak ina ni kurang cantik sikit ... hehe





Bahan-bahannye:

2 paket agar-agar segera (plain)
1 tin susu cair
3 cawan gula (kalau manis boleh kurangkan)
3 sudu besar tepung jagung
4 biji telur
1 sudu besar esen ros
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara membuatnye:

1) Mula-mula pukul telur dengan susu cair dan tepung jagung sehingga kembang. Kemudian masukkan esen ros. Ketepikan sebentar.
2) Masukkan 2 paket agar-agar segera kedalam periuk bersama-sama dengan gula dan air sebanyak 6 cawan. Masak sehingga mendidih.
3) Bila dah mendidih, masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan agar-agar dan kacau sehingga adunan agar-agar menjadi pekat.
4) Angkat dan bahagikan kepada 3 warna. Lapiskan tiap-tiap warna hingga habis
5) Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.






Followers

Recent Comments