ROTI JOHN VERSI KAK INA

Assalamualaikum, cuti sekolah dah nak habis. Tentu hari ni dah ade yang beransur balik ke rumah masing-masing selepas balik bercuti kat kampung kan. Bila lapar petang-petang ni nak makan ape ye? Emm ... kak ina nak buat roti john yg simple lah ... nak cuba ?? 


Nak tau resepinye ... simple aje ...
6 biji roti hot dog
1 mangkuk kecil daging cincang (kalau nak lebih pun tak pe)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk) 
4 biji telur
Mayonis 
Sos cili
Planta
Minyak masak

Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau masukkan daging cincang tadi bersama-sama semangkuk air. Bila dah mendidih masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. (kalau tak nak bubuh gula pun tak pe) Masak sehingga kering airnya. Kalau semangkuk air tak cukup bolehlah ditambah untuk memastikan daging cincang   tu betul-betul masak. 
Bila dah masak, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2 sudu besar mayonis ke dalamnye. Gaul sebati. Ketepikan sebentar. Roti hot dog tadi dibelah tengah dan sapukan sedikit planta dikedua-dua belah. Panaskan sekejap kat kuali kecil tanpa minyak. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Panaskan kuali kecil tadi dengan sedikit planta dan masukkan inti tadi agak-agak cukup untuk sebiji roti. Masak sehingga inti + telur tadi garing sedikit. Bila dah masak, angkat dan sapukan mayonis dan sos cili di kedua-dua belah roti tadi. Kemudian bolehlah dipotong ikut selera masing-masing. 

Selain dari roti john ni kak ina juga ada hidangkan laksa untuk kami makan petang sekeluarga.
Layan gambar je lah ye...








Followers

Recent Comments