KEK PISANG BERCHOC CHIP


ASSALAMUALAIKUM




Bahan-bahan untuk kek pisang berchoc chip :

4 biji pisang montel yang telah masak di lecek
4 sudu besar susu tepung (perasa coklat)
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
choc chip dan choc rice secukupnya

Cara membuatnya :

Lecekkan pisang kemudian campurkan dengan susu tepung perasa coklat. Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan pisang tadi, minyak jagung, esen vanila dan digaul sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi ke dalam adunan pisang. Kemudian masukkan pula choc rice dan choc chip dan digaul rata. 

Sapu loyang dengan sedikit margerin kemudian masukkan adunan tadi dan dibakar sehingga masak. Lebih kurang 25 - 30 minit. Kek masak apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek licin dan tiada adunan melekat pada lidi. 

Resepi di atas adalah resepi yang telah kak ina buat dan terpulang kepada anda untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.  



KEK LAPIS PANDAN


Assalamualaikum, hari ni kak ina nak kongsi gambar-gambar dan resepi kek lapis pandan yang dah kak ina buat pada Hari Raya Aidil Fitri 2012. Kak ina memang suka kek lapis pandan ni dan ini adalah cubaan pertama kak ina membuatnya. Resepinya kak ina ambil dari MyResepi.




Bahan-bahan :

5 biji telur
160gm gula kastor
125gm tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder
75gm minyak jagung
15gm ovallete
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair 

Bahan-bahan utk kastad :

1050gm santan
225gm gula
10gm serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100gm tepung hoen kwee (warna hijau)
75ml jus pandan 
secubit garam

Cara penyediaan :
Campurkan telur, ovallete, gula dan paste pandan kemudian pukul hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan juga susu segar/cair tadi. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Bakar dalam oven 175'C selama 30 minit. Sejukkan kek dulu sebelum di potong kepada 3 keping.

Satukan semua bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler) gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam.

Tuang 1/3 adunan kastad dalam loyang dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 adunan kastad untuk lapisan kedua dan lapiskan dengan sekeping kek lagi. Tuang 1/3 adunan kastad untuk lapisan ketiga dan akhiri dengan lapisan kek. 

Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang. Bila menghidang terbalikkan kek tadi. Lapisan kek dibawah dan kastad di atas.




MINA'S GIVEAWAY BY AZMINA NORDIN






Assalamualaikum, hari ni kak ina join segmen dari Mina's. Banyak hadiah best-best yang ditawarkan. Jomlah join. Jangan lupa klik kat banner di atas untuk lebih info ye.


HAPPY ANNIVERSARY


Assalamualaikum

Dah lama kak ina tak update blog. Rindu pulak nak menulis. Bukan ape selain dari sibuk sikit, line tenet kat sini jadi lembap sikit lebih-lebih lagi bila hujan turun dengan lebatnye disambung dengan kilat dan guruh terpaksalah kak ina off kan komputer ni. Kalau tidak kena tunggulah 2 atau 3 hari atau paling lama dalam seminggu utk TM betulkan ape2 yg dah 'tersimpul' kat dlm peti elektrik tu...begitu juga selepas taufan sandy melanda negara Amerika, nak bukak fb dan blog ... line tenet tak ade pulak... Alhamdullillah sekarang ni dah boleh masuk tenet.

Oklah tak naklah membebel pasal line tenet ni lagi kan. Untuk kali ni kak ina ingin kongsi pasal Happy Anniversary. Tak sangka pejam celik...pejam celik dah pun 20 tahun kak ina melayari bahtera perkahwinan bersama-sama dengan suami tersayang. Selama tu jugalah macam-macam dugaan dan pahit maung, suka duka dan banyak lagilah ... yang kak ina hadapi bersama-sama dengan suami. Nasib baiklah kak ina ni jenis 'sederhana' dan penyabar (puji diri sendirilah ni...)

Kalau kak ina sedih, kak ina banyak berdoa kepada ALLAH SWT dan tak lupa juga tunaikan solat wajib dan sunat dan membaca Al-Quran. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi kak ina faham sebagai seorang Islam memang inilah kewajipan kita. Walaupun kak ina taklah pandai sangat tapi kak ina bersyukur dengan ketentuanNYA . Kak ina harap jodoh kak ina dan suami tersayang ni berpanjangan sehingga ke akhir hayat...amin.

Sempena hari ulangtahun ni, kak ina adelah sediakan juadah yang simple aje. Jom kita layan...






Nasi lobak, ayam goreng rempah, sayur jelatah
Kek butter (dgn topping buah-buahan segera)







Followers

Recent Comments