SEGMEN BLOGWALKING AKHIR TAHUN 2012 BY NABILA MEDAN



ASSALAMUALAIKUM


Kali ni kak ina join lagi segmen blogwalking daripada Nabila Medan pula.

Sesiapa nak join ... macam biasa ... klik kat banner di atas ye!









1ST SEGMEN: TAMBAH FOLLOWER BY CIK MIMEY



ASSALAMUALAIKUM


Kak ina join segmen dari cik mimey ni. Mudah aje syarat-syaratnya.

Senang aje nak masuk blog cik mimey ni dan kak ina suka tengok kotak komen yang cute tu.

Tunggu apa lagi? ... klik aje banner di atas untuk join yeee!

Tag : Lina Lyn


SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH


ASSALAMUALAIKUM


Dah lama kak ina tak buat segmen. Pagi ni ternampak pulak segmen blogger muslimah ni  jadi kak ina pun teruslah join. Senang aje ... klik kat banner yang di atas tu ye.

Untuk segmen ni kak ina tag :




PUDING ROTI CHOCOLATE RICE


ASSALAMUALAIKUM

Resepi untuk dikongsi hari ini ialah PUDING ROTI CHOCOLATE RICE



Bahan-bahan :

1. 4 keping roti
2. 2 biji telur
3. 1/2 cawan susu pekat
4. 170ml susu segar perasa coklat
5. 8gm serbuk agar-agar segera (plain)
6. 1/2 cawan gula
7. 3 1/2 cawan air 
8. 1 sudu besar butter
9. 1 sudu kecil coklat paste (ikut suka...sama ada nak letak atau tidak)
10. Chocolate rice 

Cara membuatnya :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula
2. Blender roti, telur, susu pekat, susu segar perasa coklat, coklat paste dan baki air tadi
3. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar yang sudah dididihkan tadi
4. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
5. Tuang ke dalam loyang. Biarkan sebentar. Sebelum agar-agar mengeras, taburkan chocolate rice mengikut cita rasa sendiri.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

Selamat mencuba!




ROTI SOSEJ DAN ROTI TUNA


ASSALAMUALAIKUM, entri kali ni kak ina nak citer sikit pasal roti sosej dan roti berinti tuna.
Hari Isnin (10/12/12), anak-anak kak ina buat roti sosej dan roti berinti tuna untuk makan petang. Anak sulung kak ina balik bercuti dari kolej bakeri di Kelana Jaya jadi katanye nak buat roti sosej. Kak ina tak pernah buat roti, selalu jugak tengok resepi-resepi roti tapi tak pernah buat pun. Resepinye ikut dari cara anak sulung kak ina tu belajar tapi ade jugak bahan-bahan yang kami tak ikut sepenuhnye sebab tak ade.

Walaupun begitu roti-roti yang anak kak ina buat ni memang sedap. Jom layan gambar-gambarnye...










**************************************************



Selasa (11/12/12) sempat bergambar di stesen komuter Batang Kali
sewaktu anak sulung kak ina nak balik ke kolej












WORDLESS WEDNESDAY *15


ASSALAMUALAIKUM , WORDLESS WEDNESDAY UNTUK HARI INI :-






WORDLESS WEDNESDAY *14


ASSALAMUALAIKUM



Wordless Wednesday untuk hari ni ialah DEMAM. Kak ina ambik tajuk ni sebab dah 3 hari kak ina demam. Demam biasa aje...insyaallah harapnye hari ni akan bertambah baik. 

KEK PISANG BERCHOC CHIP


ASSALAMUALAIKUM




Bahan-bahan untuk kek pisang berchoc chip :

4 biji pisang montel yang telah masak di lecek
4 sudu besar susu tepung (perasa coklat)
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
choc chip dan choc rice secukupnya

Cara membuatnya :

Lecekkan pisang kemudian campurkan dengan susu tepung perasa coklat. Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan pisang tadi, minyak jagung, esen vanila dan digaul sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi ke dalam adunan pisang. Kemudian masukkan pula choc rice dan choc chip dan digaul rata. 

Sapu loyang dengan sedikit margerin kemudian masukkan adunan tadi dan dibakar sehingga masak. Lebih kurang 25 - 30 minit. Kek masak apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek licin dan tiada adunan melekat pada lidi. 

Resepi di atas adalah resepi yang telah kak ina buat dan terpulang kepada anda untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri.  



KEK LAPIS PANDAN


Assalamualaikum, hari ni kak ina nak kongsi gambar-gambar dan resepi kek lapis pandan yang dah kak ina buat pada Hari Raya Aidil Fitri 2012. Kak ina memang suka kek lapis pandan ni dan ini adalah cubaan pertama kak ina membuatnya. Resepinya kak ina ambil dari MyResepi.




Bahan-bahan :

5 biji telur
160gm gula kastor
125gm tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder
75gm minyak jagung
15gm ovallete
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair 

Bahan-bahan utk kastad :

1050gm santan
225gm gula
10gm serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100gm tepung hoen kwee (warna hijau)
75ml jus pandan 
secubit garam

Cara penyediaan :
Campurkan telur, ovallete, gula dan paste pandan kemudian pukul hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan juga susu segar/cair tadi. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah disapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Bakar dalam oven 175'C selama 30 minit. Sejukkan kek dulu sebelum di potong kepada 3 keping.

Satukan semua bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler) gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam.

Tuang 1/3 adunan kastad dalam loyang dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 adunan kastad untuk lapisan kedua dan lapiskan dengan sekeping kek lagi. Tuang 1/3 adunan kastad untuk lapisan ketiga dan akhiri dengan lapisan kek. 

Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang. Bila menghidang terbalikkan kek tadi. Lapisan kek dibawah dan kastad di atas.




MINA'S GIVEAWAY BY AZMINA NORDIN






Assalamualaikum, hari ni kak ina join segmen dari Mina's. Banyak hadiah best-best yang ditawarkan. Jomlah join. Jangan lupa klik kat banner di atas untuk lebih info ye.


HAPPY ANNIVERSARY


Assalamualaikum

Dah lama kak ina tak update blog. Rindu pulak nak menulis. Bukan ape selain dari sibuk sikit, line tenet kat sini jadi lembap sikit lebih-lebih lagi bila hujan turun dengan lebatnye disambung dengan kilat dan guruh terpaksalah kak ina off kan komputer ni. Kalau tidak kena tunggulah 2 atau 3 hari atau paling lama dalam seminggu utk TM betulkan ape2 yg dah 'tersimpul' kat dlm peti elektrik tu...begitu juga selepas taufan sandy melanda negara Amerika, nak bukak fb dan blog ... line tenet tak ade pulak... Alhamdullillah sekarang ni dah boleh masuk tenet.

Oklah tak naklah membebel pasal line tenet ni lagi kan. Untuk kali ni kak ina ingin kongsi pasal Happy Anniversary. Tak sangka pejam celik...pejam celik dah pun 20 tahun kak ina melayari bahtera perkahwinan bersama-sama dengan suami tersayang. Selama tu jugalah macam-macam dugaan dan pahit maung, suka duka dan banyak lagilah ... yang kak ina hadapi bersama-sama dengan suami. Nasib baiklah kak ina ni jenis 'sederhana' dan penyabar (puji diri sendirilah ni...)

Kalau kak ina sedih, kak ina banyak berdoa kepada ALLAH SWT dan tak lupa juga tunaikan solat wajib dan sunat dan membaca Al-Quran. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi kak ina faham sebagai seorang Islam memang inilah kewajipan kita. Walaupun kak ina taklah pandai sangat tapi kak ina bersyukur dengan ketentuanNYA . Kak ina harap jodoh kak ina dan suami tersayang ni berpanjangan sehingga ke akhir hayat...amin.

Sempena hari ulangtahun ni, kak ina adelah sediakan juadah yang simple aje. Jom kita layan...






Nasi lobak, ayam goreng rempah, sayur jelatah
Kek butter (dgn topping buah-buahan segera)







WORDLESS WEDNESDAY *13


ASSALAMUALAIKUM

WORDLESS WEDNESDAY FOR TODAY




TODAY'S LUNCH MEAL



HARI RAYA AIDIL ADHA


ASSALAMUALAIKUM,

TAHUN NI DISEBABKAN HARI RAYA AIDIL ADHA ATAU HARI RAYA HAJI/KORBAN JATUH PADA HARI  JUMAAT MAKA ACARA PENYEMBELIHAN LEMBU DAN KAMBING  DI KEBANYAKKAN MASJID DAN SURAU TELAH DILAKUKAN PADA HARI SABTU IAITU 27hb OKTOBER 2012. 

SELALUNYE SELEPAS SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA,  SUAMI KAK INA AKAN PERGI MENOLONG DALAM ACARA PENYEMBELIHAN LEMBU DI SURAU KAWASAN PERUMAHAN KAMI PADA WAKTU PAGI SEHINGGA SELESAI. KEMUDIAN BARU KAMI AKAN BERTOLAK KE RUMAH MAK KAK INA DI GOMBAK. 

TAHUN NI PROGRAM KAMI DITUKAR. KAMI BERAYA DI RUMAH MAK PADA HARI JUMAAT DAN PAGI SABTU KAMI BERTOLAK BALIK KE BATANG KALI. SAMPAI DI SURAU TERSEBUT, ACARA PENYEMBELIHAN DAH SELESAI. AHLI-AHLI KARIAH SURAU LAKI-LAKI SEDANG MEMOTONG DAN MEMBAHAGI-BAHAGIKAN DAGING-DAGING KORBAN. SUAMI KAK INA TAK LEPASKAN PELUANG UNTUK MENOLONG PADA WAKTU ITU JUGA.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




YANG DI ATAS NI GAMBAR KEK SPAN COKLAT SEMPENA HARI LAHIR ANAK SULUNG KAK INA.

YANG DI BAWAH NI PULA KEK SPAN MARBLE SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA.




WORDLESS WEDNESDAY *12



ASSALAMUALAIKUM






GIVEAWAY : LOVE COLLECTION BY JAJA SUTERA


ASSALAMUALAIKUM

SEKALI LAGI KAK INA JOIN GIVEAWAY DARI JAJA SUTERA

TAJUKNYA : GIVEAWAY : LOVE COLLECTION BY JAJA SUTERA



CANTIK HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN

KAK INA TAG KAT SEMUA YANG BACA ENTRI NI


SEGMEN : SIAPA BLOGGER BERTUAH BY NELLY DAN NABILA



ASSALAMUALAIKUM, HARI NI KAK INA JOIN SEGMEN : SIAPA BLOGGER BERTUAH BY NELLY DAN NABILA SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS NI YE. GERAM BETUL TENGOK BANNER TU ... COMELLL SANGAT!!!

SILALAH JOIN DAN JANGAN LUPA KLIK KAT BANNER COMEL TU YE.

KAT SINI KAK INA TAG 3 KAWAN-KAWAN :

wantie_mir


2 MAJLIS DALAM 1 HARI


Assalamualaikum, kali ni kak ina nak citer sikit pasal 2 Majlis dalam 1 Hari. Tak pelik pun kan...
 Okey mula-mula sekali begini citernye. 

Pada hari Ahad lepas iaitu 7hb Oktober 2012, kami bertiga bertolak dari rumah kat Batang Kali ni ke Kelana Jaya untuk ambik anak sulung kak ina yang mengikuti kursus bakeri kat FIM . Dari situ kami ke Jalan Labis, Taman Haji Ismail Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami iaitu anak pak usu suami kak ina. Jom layan gambar-gambar dulu...



Bergambar bersama-sama dengan adik abang, sepupu-sepupu dan saudara dari belah arwah ayah abang yang datang dari Pariaman, Indonesia. (bertudung kuning dan suaminye berbaju batik)




Untuk majlis ke 2 pula ialah majlis hari lahir mak kak ina yang ke 75 tahun. Majlis ni tak lah dibuat besar-besaran hanya kami adik-beradik sahaja yang hadir. Itupun abang dan kakak kak ina tak dapat datang. Tak banyak gambar yang dapat kak ina kongsi disebabkan masalah teknikal. Jom layan gambar-gambar yang ada ni...


Begitulah ceritanya.


















Followers

Recent Comments